Tuesday 27 December 2011

GEORGETOWN - Orang ramai dinasihati berhati-hati dengan produk tiruan menggunakan jenama BSY yang kini dipercayai dijual di kedai ubat seluruh negara.
Pengurus Pemasaran BSY, T J Ho berkata, BSY adalah produk berasaskan kesihatan keluaran tempatan di bawah syarikat Biotech BSY Sdn Bhd yang beribupejabat di Jelapang, Ipoh.
Menurutnya, produk BSY dilancarkan November tahun lalu dengan tujuh produk kesihatan bagi meningkatkan imunisasi berasaskan buah mengkudu dan diproses secara tradisional. Bagaimanapun, hanya dua produk yang ditiru iaitu pati mengkudu untuk kesihatan dan penjagaan rambut.

“Awal tahun ini, kami dapati produk kami ditiru namun terdapat beberapa perbezaan iaitu pada kotak, bungkusan serta warna ubat. Ia juga tidak mempunyai pelekat hologram yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
“Orang ramai yang ingin membeli produk BSY perlu meneliti terlebih dahulu pelekat hologram serta nombor pendaftaran MAL09122045TC. Produk BSY mempunyai kelulusan KKM di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Peraturan 8 (8) serta sijil halal,” katanya kepada media semalam.
Selain Pulau Pinang,  produk tiruan banyak berada di pasaran Johor Bahru, Melaka dan Kuala Lumpur.
Menurutnya, penjual produk tiruan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau tiga tahun penjara.
"Saya sudah melaporkan kepada Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Farmasi) dan mereka mengambil tindakan terhadap penjual barang tiruan. Namun masih ada yang berdegil dan terus menjualnya,” katanya. 
Keretan Akbar 8th December 2011

No comments:

Post a Comment